Go Click!

Monday, December 6, 2010

BUBUR ASYURA SEMPENA MAAL HIJRAH

sempena maal hijrah aku nak syer ngan korang resepi pebret orang tue-tue slalu buat. teringat kat atok plak..mesti die tangah buat tu huhuuu sedappnyee..

tapi aku just nk syer ngan korang resepi ni dari johor..inilah bubur ayura johor mali..

BUBUR ASYURA 


Bahan-bahan :
Beras
Air secukupnya
Santan
Garam secukup rasa

Topping:
Bawang merah, dicincang halus
Bawang putih, dicincang halus
Halia, dicincang halus
Seri, diketuk
Cili merah, dicincang halus
Udang kering, direndam & ditumbuk halus
Daging Cincang
Udang basah, dipotong kecil
Sos tiram

Bahan tabur :
Tempe, dipotong kecil dan digoreng garing
Ikan bilis, digoreng garing
Daun bawang&saderi, dipotong halus
Bawang goreng
Cili merah, dihiris
*Kacang tanah goreng
*Kentang, dihiris kecil nipis2 dan digoreng


Cara-cara :
1. Masak nasi hingga menjadi bubur tetapi jangan terlalu lembik.
2. Masukkan sedikit santan untuk melemakkan bubur.
3. Perasakan dengan garam.

4. Untuk toppingnya, tumiskan bawang2, serai,cili merah dan halia dengan sedikit minyak.
Tumis hingga agak layu dan naik bau.
5. Masukkan udang kering dan kacau lagi.
6. Masukkan daging cincang dan tumis hingga daging masak.
7. Masukkan udang dan sedikit sos tiram. Perasa dgn sedikit garam.
8. Kacau hingga masak.

9. Tuangkan bubur ke dalam bekas. Ratakan dan boleh lah dibubuh toppingnya.
10. Taburkan tempe, ikan bilis, daunbawang/saderi, cili merah dan bawang goreng secukupnya.
* Boleh ditambah sedap dengan taburan kacang tanah goreng 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...