Go Click!

Tuesday, August 24, 2010

WANITA DAN SENGGUGUT

Sememangnya ada dikalangan wanita termasuk saya mempunyai masalah senggugut ketika datang bulan @ haid. Terpulang pada seseorang wanita samada senggugut yang dialaminya kritikal atau tidak..saya mengalaminya sejak sekolah menengah ketika berumur 15 tahun lagi..boleh dikatekan setiap kali datang bulan mesti mengalami senggugut pada hari pertama haid sehinngga menyebabkan saya tidak tahan menanggung kesakitan lalu mengambil 'pain killer' setiap kali senggugut menganggui diri ini..

kate orang jika mengambil pain killer yang terlalu bole menyebabkan kesukaran untuk hamil..sehinggakan ibu mertua sendiri khuatir dengan kemampuan saya untuk hamil..ibu mertua saya juga memberi nasihat agar segera berurut dan membuat rawatan tradisional..tapi saya menolak kerana percaya rezeki Allah yang beri..

Alhamdulillah saya diberikan rezeki oleh Allah s.w.t dengan mengandung dan bersalin secara normal anak pertama ini tanpa sebarang masalah..alhamdulillah..jadi, pada semua wanita yang mengalami masalah yang sama seperti saya..tawakal dan banyak berdoa pada Allah agar kesakitan yang dialami ini tidak menolak harapan untuk kita melahirkan..:)

Beberapa fakta mengenai senggugut..

Senggugut sering dikaitkan dengan masalah kesuburan, namun sebenarnya ia tidak semestinya begitu. Terdapat satu penyakit (endometriosis) yang sering dikaitkan dengan senggugut, ia juga tidak semestinya begitu.


  • Endometriosis tidak semestinya berkait dengan masalah kesuburan. Terdapat wanita yang mengalami endometriosis teruk tetapi tidak mempunyai masalah kesuburan malah melahirkan ramai zuriat.

    Malah ada wanita yang dikesan mempunyai endometriosis hanya sewaktu pembedahan melahirkan anak.

  • Bagaimanapun, kajian mendapati wanita yang mengalami endometriosis peringkat teruk lebih mengalami kesukaran hamil, namun seperti yang dinyatakan di atas ia tidak semestinya begitu.

    Bagi endometriosis peringkat sederhana dan peringkat ringan, tiada kaitan antara endometriosis dengan kesukaran hamil.

  • Endometriosis boleh menyebabkan senggugut, namun ia tidak semestinya begitu. Ada wanita yang mempunyai endometriosis tetapi tiada senggugut. Sebaliknya ada wanita yang tidak mengalami senggugut, tetapi didapati mempunyai endometriosis.

  • Jika adapun, tahap keterukan senggugut tiada kaitan langsung dengan tahap keterukan endometriosis. Ada wanita yang tiada atau hanya mengalami sedikit senggugut tetapi didapati mempunyai endometriosis peringkat teruk. Begitu juga sebaliknya.

  • Tahap keterukan endometriosis bukanlah ditentukan oleh simptom (contohnya keterukan senggugut atau sakit pelvis), pemeriksaan fizikal atau ujian ultrabunyi, tetapi hanya dapat dibuat secara lengkap melalui penilaian secara langsung (iaitu pembedahan) ke atas keseluruhan organ yang terbabit.

  • Senggugut juga boleh disebabkan oleh penyakit lain, tidak semestinya endometriosis saja.


  • No comments:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...